Lelaki Dihukum Sebatan 2080 Kali Kerana Memperkosa




SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan memperkosa anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang waktu dipenjarakan.

Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah memperkosa anak perempuannya yg berumur tujuh tahun ketika di bawah pengaruh narkoba.

Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang waktu dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguat kuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapak saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang peristiwa  itu.

Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam.

All Rights Reserved Zlango | Blogger Template by Bloggermint